MENU

28 FEBRUARI 2023 | SELASA

Majlis Serah Terima Tugas telah berlangsung di antara Tuan Haji Abdul Hakim Bin Abd.Manap dan Tuan Haji Hanis Musalman Bin Salehan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Lama MDSR.

Seluruh warga Majlis Daerah Simpang Renggam mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu kepada Tuan Haji Abdul Hakim Bin Abd.Manap yang telah dilantik sebagai Pentadbir Tanah Daerah Mersing.

Segala jasa dan bakti Tuan dalam merealisasikan hasrat murni jabatan untuk menjadi sebuah PBT yang dinamik, makmur dan progresif akan dikenang selamanya.