MENU

27 FEBRUARI 2023 | ISNIN

Bertempat di Lapang Sasar Batalion 5 Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam telah diadakan Program Menembak Ketua Jabatan Daerah Kluang dan Perkep bersama Ketua Polis Daerah Kluang sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 216 tahun 2023. Program Menembak ini juga telah disertai oleh Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang.

Turut serta dalam menjayakan program pada hari ini ialah Encik Mustafa Kamal Bin Abdullah, Pentadbir Tanah Kluang, Puan Azurawati Binti Wahid, YDP Majlis Perbandaran Kluang, Tuan Haji Hanis Musalman Bin Salehan, Yang Dipertua MDSR ,Puan Nurul Izzah Binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, YDH ACP Bahrin Bin Mohd Noh, Ketua Polis Daerah Kluang serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kluang yang terlibat sama.