MENU

Operasi Bersepadu Penggredan dan Pemeriksaan Premis Makanan Majlis Daerah Simpang Renggam telah dijalankan pada jam 9:00 malam oleh Jabatan Kesihatan Awam dan Jabatan Penguatkuasaan MDSR di sekitar kawasan Simpang Renggam.

Untuk makluman, sistem penggredan premis makanan adalah salah satu kaedah tersusun dan sistematik dalam memberi pengiktirafan kepada pengusaha premis makanan restoran/kedai makan dan kafe yang berusaha untuk memberi perkhidmatan jualan makanan dan minuman yang bersih, selamat dan berkualiti dengan mematuhi semua peraturan-peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Simpang Renggam.

Semua pengusaha premis dan pengendali makanan diingatkan supaya sentiasa mengamalkan cara pengendalian makanan yang bersih dan selamat serta menjaga kebersihan premis. Notis kompaun boleh dikeluarkan kepada pengusaha atau pengendali makanan yang gagal mematuhi peraturan!