MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam telah mengadakan Majlis Penyerahan Gerai Penjaja : MyKiosk@KPKT kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam dalam memperkasakan penjaja dan peniaga kecil dengan menyediakan peluang dan ruang perniagaan yang lebih selesa dan seragam kepada 30 orang penerima menerusi peruntukan daripada Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.

Terdapat 4 lokasi iaitu di Taman Cemara, Taman Perindustrian Simpang Renggam, Perhentian Bas Renggam dan Taman Hutan Bandar.

Majlis Penyerahan Gerai Penjaja : MyKiosk kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam telah disampaikan oleh En Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam.

Turut hadir Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober, Setiausaha MDSR, En. Mohd Faizal Bin Md Said, Ketua Whip MDSR, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi serta orang awam.

#MyKiosk@KPKT

#MajuJohor