Sekitar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kluang Tahun 1444H/2022M yang berlansung di Masjid Bandar Kluang, Kluang hari ini.
Sambutan Maulidur Rasul tahun ini dihadiri oleh Tuan Haji Jamaluddin bin A Hamid, Pegawai Daerah Kluang, Encik Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd Manap, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam serta Ketua-Ketua/Wakil Jabatan Peringkat Daerah Kluang.
Sambutan diteruskan dengan perarakan yang disertai oleh peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Selamat menyambut sambutan Maulidur Rasul 2022 bersamaan dengan tahun 1444 Hijrah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor