Penempatan MDSR
Terdiri daripada Lima (6) buah penempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Sungai Sayong, Layang-Layang dan Taman Sri Lambak (T6) dengan ciri-ciri dan sejarah penempatannya yang unik. Pekerjaan utama adalah sebagai peladang, pedagang dan kakitangan kerajaan serta swasta.
Letusan Karokatua pada tahun 1950 mewujudkan penempatan baru di pendaerahan Kluang Selatan. Sebuah bukit terbelah dua dan menjadi rengang yang masih boleh dilihat sehingga kehari ini. Peristiwa 'rengang'nya bukit itu menjadi sebutan ramai. 'Rengang' menjadi 'Renggam' dan itulah kewujudan unik Bandar Renggam.
Sejarah Bandar Renggam tercatat dalam Muzium British di United Kingdom dimana ia telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950'an. Sebagai penempatan utama pada masa itu, ia telah menjadi tumpuan Kolonial Inggeris yang memiliki ladang-ladang besar seperti Ladang Guthrie, Ladang Ulu Remis dan sebagainya yang masih kekal sehingga ke hari ini.
Padang Golf, lapangan terbang dan bangunan-bangunan lama adalah tinggalan sejarah yang masih kekal sehingga kini.