MENU

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang telah bermastautin di Johor selama 5 tahun atau lebih yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan JAWATAN KONTRAK (INTERIM) di Majlis Daerah Simpang Renggam sebagaimana berikut: 

  1. Penolong Pegawai Tadbir N5
  2. Penolong Akauntan W5
  3. Pembantu Khidmat Am H1

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap dllsi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,

MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,

(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA),

ARAS 3, KOMPLEKS PENTADBIRAN

MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,

JALAN PERSIARAN MUAFAKAT,

86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR.

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 28 FEBRUARI 2025
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Closing Date: 
Jumaat, 28 Februari 2025