07 Jan 2021
Pertandingan ini melibatkan 15 bahagian dalaman MDSR. Setiap
bahagian bebas berkreativiti mengecat dan menghias
tong sampah agar kelihatan lebih menarik dan kreatif.
Idea asal ini adalah daripada Tuan Haji Ismail Bin Abu,
Yang Dipertua MDSR dan tong sampah yang telah dihias ini
akan diletakkan di kawasan di bawah pentadbiran Majlis Daerah
Simpang Renggam.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan
Haji Ismail Bin Abu , Yang Dipertua MDSR.