MENU

PEMAKAIAN MANUAL AGENSI & PEMOHON BAGI PELAKSANAAN OSC 3.0

Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-67 yang bersidang pada 4 Mac 2014 telah bersetuju untuk menguatkuasakan pemakaian OSC 3.0 mulai 1 Jun 2014. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan OSC 3.0, agensi teknikal dalaman, luaran dan pemohon akan dibekalkan dengan manual pelaksanaan sebagai rujukan dan panduan melaksanakan fungsi dan peranan masing-masing. Penyediaan kedua-dua manual ini adalah selaras Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak Terperinci Agensi Teknikal Dalaman dan Luaran yang telah diperkenalkan mulai tahun 2008.

Majlis Daerah Simpang Renggam telah menggunapakai OSC 3.0 mulai 1 Jun 2014 yang diluluskan dalam Mesyuarat Penuh MDSR Bil 06/2014 selaras dengan kehendak Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-67 pada 4 Mac 2014. 

[Surat Arahan] [Manual Agensi] [Manual Pemohon]