Permohonan adalah dipelawa kepada penduduk kelahiran atau menetap di Simpang Renggam dan kawasan sekitarnya yang berminat untuk menyewa dan menjalankan perniagaan di Gerai/ Premis/ Kiosk milik Majlis Daerah Simpang Renggam.
Tarikh Iklan : 16 Mei 2024 (Khamis)
Tarikh Tutup Permohonan : sebelum atau pada 28 Mei 2024 (12.00 tengahari )
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Sewa Gerai/ Premis/ Kiosk MDSR yang boleh didapati daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDSR.