Lawatan terawih ini telah diadakan di Surau Al-Muttaqin, Taman Putrimas bersama Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang.
Turut hadir sama, Tuan Hj Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR, YB Dato' Haji Hasni bin Mohammad, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Ketua Jabatan Daerah Kluang, Pegawai Tadbir Negeri Johor Daerah Kluang, Penghulu-penghulu dan Ketua Kampung serta kariah/penduduk Surau Al-Muttaqin, Taman Putrimas.
Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada asnaf, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor