08 Feb 2023
Kerja-kerja 'plogging' yang dilaksanakan oleh kakitangan MDSR ini merangkumi kawasan sekitar Pekarangan Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam.Turut hadir sama, Tuan Haji Abdul Hakim bin Abd Manap Yang Dipertua MDSR dan Puan Nurul Izzah binti Mohd Zober Setiausaha MDSR.
Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan Program Johor Bersih peringkat Majlis Daerah Simpang Renggam. Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama.