Sambutan Hari Landskap Johor 2016 bertemakan "Bersama Komuniti, Landskap Berfungsi" berlangsung mulai 3 hingga 6 November 2016 di Hutan Bandar Putra, Kulai. Ianya merupakan anjuran bersama Jabatan Landskap Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Kulai yang akan dirasmikan pada 5 November 2016 oleh Y.A.B Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor . Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Forum Perdana, Demonstrasi Landskap Orkid, Pameran Laman PBT, Pameran Kucing dan Haiwan Eksotik dan banyak lagi. Orang ramai dijemput hadir. Masuk adalah percuma.
- Laman Utama
- MDSR
- Rakyat
- Perniagaan
- Pelawat
- Maklum Balas