27 MAC 2023 | ISNIN
Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Daerah Kluang kepada 611 orang mangsa banjir telah diadakan di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran MDSR.
Turut serta dalam sesi penyampaian ini adalah Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Yang Dipertua MDSR .
Bantuan ini untuk mangsa banjir yang menginap di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi kawasan Simpang Renggam.
Semoga dengan bantuan kewangan dan sumbangan bantuan kerajaan ini dapat meringankan beban kepada keluarga yang terkesan semasa banjir yang melanda baru-baru ini.