MENU

Sekitar suasana hari pertama di Johor Smart City Forum (JSCF) 2023 yang diadakan di Persada International Convention Center mulai 12 Jun 2023 hingga 14 Jun 2023.

PLANMalaysia Johor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai rakan strategik menganjurkan Johor Smart City Forum (JSCF) 2023 yang menjadi platform untuk menggariskan rancangan kerajaan negeri untuk transformasi digital melalui Pelan Tindakan Bandar Pintar Negeri Johor 2030.

JSCF 2023 secara khusus dirumus untuk menetapkan hala tuju, menggariskan strategi, inisiatif dan sasaran untuk memacu pertumbuhan digital.

Jom ke ruang pameran Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) nombor 39 di Johor Smart City Forum (JSCF) 2023!