YBhg. Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Kluang telah mengadakan lawatan dan penyampaian sumbangan kepada Mangsa Ribut di Kg Shahri, Kg Chokro, Lorong Hj Amir dan Kg Batu 6 Simpang Renggam.
Turut hadir sama, Tuan Haji Hanis Musalman Bin Salehan Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam, Puan Nurul Izzah Binti Mohd Zober, Setiausaha Majlis Daerah Simpang Renggam , Penghulu/Ketua Kampung serta Jabatan pertahanan awam.
Semoga dengan sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa ini.