MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) bersama Yayasan Makmur Simpang Renggam (YMSR) mengadakan program ziarah dan penyampaian sumbangan Aidilfitri di Renggam dan Layang-Layang.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Yang Dipertua MDSR, En. Mohd Faiz Salehon, yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YMSR. Program ini bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan serta membawa keceriaan menjelang Syawal.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan menceriakan suasana Aidilfitri buat penerima. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.