MENU

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 137, 141, 142 dan 163 [Akta 171], Yang Dipertua, Majlis Daerah Simpang Renggam telah menyediakan satu Senarai Nilaian Baharu terhadap 448 pegangan di Mukim Ulu Benut, Machap, Layang-Layang dan Renggam di dalam kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam yang akan dikuatkuasakan pada 1hb Januari 2026 dan Majlis Daerah Simpang Renggam akan memulakan semakan Senarai Nilaian tersebut bermula pada 7hb November 2025.

Maka itu, mana-mana orang samada pemunya atau penduduk atau ejen mana-mana orang itu yang pegangannya termasuk dalam Senarai Nilaian tersebut boleh memeriksa Senarai Nilaian itu di pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam, Jalan Persiaran Muafakat, 86200 Simpang Renggam, Johor bermula pada 26hb September 2025 pada waktu pejabat dan membuat cabutan daripadanya.

Seseorang yang terkilan terhadap penilaian bagi sesuatu pegangan yang dikenakan dalam Senarai Nilaian tersebut boleh menurut Seksyen 142, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] membuat bantahan secara bertulis kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Simpang Renggam pada atau sebelum 24hb Oktober 2025.

Bertarikh pada: 25hb September 2025

[(SUKJ.KT.700-21/14/2 JLD.2 (26)]

 

MOHD FA’IZ BIN SALEHON

Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam