MENU

Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) bersama Southern Volunteers Simpang Renggam (SVSR) telah melaksanakan operasi pasca banjir di Taman Rekamas 3 dan Kampung Paya Baru, Layang-Layang.

Seramai 20 anggota dengan bantuan 1 lori tangki air dan 2 Hilux telah terlibat dalam kerja-kerja pembersihan, termasuk membersihkan rumah warga emas di Kampung Paya Baru serta kawasan awam di Taman Rekamas 3.

Terima kasih kepada semua yang terlibat atas usaha dan komitmen dalam membantu komuniti yang terjejas. Semoga kerjasama ini terus memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat.