MENU

Satu kejadian kemalangan telah berlaku di kawasan Kubur Cina, Jalan Johor Bahru – Air Hitam apabila sebuah kenderaan muatan berat (trailer) melanggar kabel serta tiang lampu jalan. Insiden ini menyebabkan kerosakan kepada 2 tiang lampu, kabel, dan turut menjejaskan sebanyak 20 lampu jalan di sepanjang laluan tersebut.

Tindakan segera telah diambil bagi mengalihkan tiang dan kabel terlibat, dan kerja-kerja pembaikan kekal akan dijalankan pada 7 April 2025.

Kemalangan seperti ini bukan sahaja membahayakan nyawa, tetapi juga menyebabkan kerosakan terhadap harta awam dan kerugian wang cukai yang dibayar oleh rakyat.

Setiap pengguna jalan raya hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum memulakan perjalanan serta sentiasa berhati-hati ketika memandu. Tanggungjawab memelihara keceriaan dan keindahan Bandar Simpang Renggam adalah tanggungjawab kita bersama. Jadikan kawasan kita bukan sahaja indah, tetapi juga selamat untuk semua.