MENU

Lawatan kerja YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor ke Parlimen Simpang Renggam dimulakan dengan Lawatan Rumah Asnaf dan Penyerahan Kunci Rumah kepada penerima di Kg Parit Salman dan Ulu Benut. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dalam menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada golongan yang memerlukan.

Seterusnya, YAB Dato' Onn Hafiz Bin Ghazi menghadiri Program Jalinan Ukhuwah Menyantuni Masyarakat di Persiaran Muafakat, MDSR. Dalam majlis ini, beliau telah melancarkan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Waqaf An-Nur serta menyampaikan pelbagai bentuk sumbangan kepada masyarakat setempat.

Antara bantuan yang diberikan termasuk sumbangan ambulans dan bot kepada Briged Waqaf, surat tawaran Program Pembangunan Usahawan Asnaf Streetfood, Skim Perubatan An-Nur Care untuk golongan asnaf, serta bantuan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan.

Turut disampaikan ialah sumbangan kepada Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah (SATHK) Penjara Kluang, mock cheque bagi sumbangan bilik guru Daerah Kluang, bantuan di bawah Program Back To School , serta sumbangan bakul makanan kepada golongan B40.

Turut Hadir sama adalah adalah YB Dato’ Ir. Hasni bin Mohammad, Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB Tuan Haji Abd. Mutalip, Ahli Dun Layang-Layang, YBhg. Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang, Tuan Haji Bukhari Bin Abd Rahman, Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Encik Mohd Fa’iz bin Salehon Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam , Ketua-Ketua Jabatan Daerah & Pemimpin-Pemimpin Masyarakat.