Projek Johor WiFi menawarkan perkhidmatan wifi secara percuma bagi meningkatkan kemudahan online kepada rakyat.
Projek Johor WiFi merupakan satu projek hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada tahun 2013. Hasil kajian tersebut menunjukkan sebanyak 20.36% responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkatkan.
Sebanyak RM12.9 juta diperuntukkan untuk program ini yang meliputi 135 kawasan hotspot di 10 buah daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR) bermula Januari 2016.
Cara-Cara Penggunaan
- Sila 'on' kan WIFI.
- Kemudian 'connect' ke Johor Wifi 2.0.
- Sign ke 'login page' Johor WIFI 2.0.
- Klik [register] bagi pendaftaran kali pertama
- Masukkan butiran yang diminta
- Tekan 'create' dan lihat pendaftaran berjaya atau tidak
- Jika sudah berjaya, Tekan 'back to login page'
- Masukkan 'username dan password'. 'Tick agreement'
- Tekan 'login'.