MENU

YB Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pembangunan Residensi Bangsa Johor di Renggam serta meninjau Projek Sakit di Taman Permata, Layang-Layang dan diiringi oleh Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua MDSR.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memantau kemajuan kerja projek-projek perumahan dalam kawasan simpang renggam dan Lawatan ini juga dijalankan bagi membantu pihak pemaju untuk mempercepatkan proses pembinaan dan seterusnya mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

Hadir sama, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor , Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Ketua Eksekutif Indah Water Konsortium , Pengurus Operasi Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Daerah Kluang , Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Negeri Johor.