MENU

Hari ini, Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua MDSR, mewakili Ybhg. Puan Hajah Azurawati Binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang telah menyampaikan surat tawaran Rumah Kasih Johor (RKJ) kategori bina baru kepada 5 penerima di Mukim Machap dan Mukim Ulu Benut.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Setiausaha MDSR, Ketua Whip MDSR, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim Kluang dan Ketua Kampung bagi bersama-sama meraikan penerima yang layak menerima inisiatif ini.

RKJ merupakan usaha Kerajaan Negeri Johor dalam menyediakan kediaman selesa untuk golongan yang kurang berkemampuan dengan kos sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan. Semoga rumah ini membawa kebahagiaan dan keselesaan kepada para penerima!