Mesyuarat penyelarasan bagi inisiatif yang bertujuan mengubah kaedah pembayaran sedia ada kepada transaksi tanpa tunai khusus untuk pelajar berumur 13-17 tahun di sekolah terpilih, iaitu SMK Simpang Renggam dan SMK Dato Abdul Rahman Andak.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR, dengan pembentangan daripada pihak BSN selaku penyedia perkhidmatan yang diketuai oleh En. Harudin Asmal Hj Sharon, Ketua Pengurus Deposit Negeri. Turut hadir, Tn. Hj. Aminullah Bin Zainal Abidin (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah), En. Tumin Bin Yasman (Pengetua SMK Simpang Renggam), wakil SMK Dato Abdul Rahman Andak, serta pengusaha kantin.
Alhamdulillah, inisiatif ini telah mendapat sambutan baik daripada pihak PPD, sekolah, serta pengusaha kantin untuk dilaksanakan secara berperingkat. Jika berjaya direalisasikan, sekolah ini bakal menjadi sekolah pertama di luar bandar bagi negeri Johor yang melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai. Semoga usaha ini dapat menyumbang kepada pembangunan Pelan Bandar Pintar Simpang Renggam dan komuniti Desa Digital dengan jayanya.