Program Gerak Mesra Johor Bersih Ahli Majlis Zon 2 Simpang Renggam telah berlangsung dengan penuh semangat dan komitmen masyarakat setempat pada 24 Januari 2025 di Dewan Terbuka, Taman Renggam Jaya. Turut hadir sama dalam program ini ialah Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR,Encik Mohd Faizal Bin Said, Ketua Whip MDSR , Puan Amira Binti Abd Hamid, Ahli Majlis Zon 2 , Ahli-Ahli Majlis, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, AADK, Balai Bomba Renggam, PGA, JKR Kluang, Balai Polis Simpang Renggam, SWM, SWCORP, Kolej Komuniti Spg Rgm, Kakitangan MDSR dan masyarakat setempat.
Seterusnya telah diadakan Walkabout bersama Tn Setiausaha, Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan bagi meninjau secara dekat isu-isu setempat yang memerlukan perhatian segera. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang untuk mengenal pasti keperluan komuniti, tetapi juga memastikan tindakan penyelesaian dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan demi kesejahteraan penduduk Zon 2.
Antara pengisian menarik sepanjang program ialah aktiviti gotong-royong, cantasan pokok, Pertandingan Sand Art Kanak-Kanak, Kursus Pembuatan Sushi dan Vietnam Roll ,Kaunter Tabung Haji, Kaunter khidmat masyarakat: semakan & bayaran cukai harta, aduan, dan saringan kesihatan, Penyampaian sumbangan kepada komuniti setempat, penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna, cabutan bertuah & cenderahati penghargaan kepada agensi yang terlibat.
Tahniah & terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk penduduk Zon 2, kakitangan MDSR, serta komuniti yang hadir. Anda adalah inspirasi untuk menjadikan Simpang Renggam lebih bersih, sihat, dan maju.