Telah berlangsung Audit Pemantauan 2 ISO 9001:2015 bagi Skop Pensijilan: Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Daerah Simpang Renggam (Merangkumi Perkhidmatan Utama dan Sokongan Kerajaan Tempatan) bermula 22 Januari 2025 sehingga 23 Januari 2025
Sesi Pengauditan ini telah dilaksanakan oleh En. Heeza Izwan @ Ahmad Firdaus Bin Mohd Hasnan dan En. Md Shah Bin Md Said , Auditor Bertauliah daripada SIRIM QAS INTERNATIONAL Sdn.Bhd.
Proses ini adalah langkah penting untuk memastikan sistem pengurusan kualiti terus berfungsi dengan cekap dan memenuhi keperluan masyarakat.
Penghargaan juga kepada semua pihak yang memastikan persediaan dan pelaksanaan audit ini berjalan lancar. Semoga hasil audit ini menjadi asas kepada penambahbaikan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Hadir sama, Encik Mohd Fa'iz Bin Salehon, Yang Dipertua MDSR, Encik Mohamed Azahari Bin Mohamed Rawi, Setiausaha MDSR serta Ketua-Ketua Jabatan/Unit MDSR.