DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar terharu dengan sambutan rakyat berbilang bangsa pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di beberapa daerah sejak minggu lalu.
“Saya amat bersyukur dan berbesar hati dapat bertemu dengan rakyat pada Majlis Jamuan Teh yang diadakan di Muar, Mersing, Pontian dan Kluang."
Pada 14 Disember 2023, DYMM Sultan Johor berangkat ke Majlis Jamuan Teh Daerah Batu Pahat dan Kluang yang diadakan di Dataran Tasik Kluang.
Walaupun cuaca hujan lebat, namun ia tidak memadamkan kemeriahan jamuan teh yang dihadiri lebih 3,000 rakyat.
Orang ramai turut mengambil peluang bersalaman dan bergambar bersama Baginda Tuanku Sultan.
Sumber : Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar