- Tugas-tugas berhubung dengan pentadbiran, urusetia dan kewangan
- Pembersihan bandar dan rekreasi
- Mengatur, mengawal dan merancang kemajuan dan bangunan dalam kawasan Majlis
- Menambah jalan, tempat awam, taman perumahan dan memberi nombor rumah
- Mengadakan lampu jalan dan membuat kerja penyelenggaraan lampu isyarat
- Membuat kawalan dan peraturan bagi kerja-kerja bangunan dan tempat awam
- Mengatur dan mengawal lalulintas dalam kawasan Majlis
- Membina dan menyelenggara tempat awam dan kemudahan awam seperti pasar, perhentian bas, teksi, gerai dan sebagainya
- Menjaga kesihatan awam dan kawalan penyakit
- Memproses dan mengeluarkan lesen perniagaan, pengiklanan dan pasar awam
- Menganalisa, menilai dan menyediakan senarai nilaian hartanah dan kadaran harta dalam kawasan Majlis
- Mengawalselia ke atas penswastaan sistem pengurusan sisa pepejal
- Mempastikan pulangan hasil bagi bangunan Majlis yang disewakan dengan menetapkan kadar sewa bangunan tersebut