LOGO
Logo Majlis Daerah Simpang Renggam
Rekabentuk logo ini berasaskan kombinasi rajah-rajah Geometrik yang memberikan ‘kekuatan dan nilai' di dalam melambangkan
- Kestabilan
- Kecekapan
- Prestasi
1. Mahkota — Tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan yang memerintah negeri Johor.
2. Dua Ekor Harimau — Melambangkan keberanian dan kekuatan.
3. Pangsa Bulatan — Pangsa yang berwarna merah melambangkan kepada senjata warisan melayu (keris).
4. Cogan kata 'Usaha Maju Jaya' — Cogan kata ini adalah diambil dari singkatan fungsi-fungsi Majlis Daerah Simpang Renggam. Ia bagi memperlihatkan hasil-hasil usaha yang dijalankan dari maksud-maksud yang tertera diatas.
5. Bulatan yang Merangkumi Rajah-Rajah — Melambangkan fungsi Majlis Daerah Simpang Renggam yang
berotonomi kewangan dan perbelanjaan yang bertujuan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.
6. Rajah Gear — Simbol teknologi, ini bermakna apa jua yang dirancangkan adalah berdasarkan kepada
lunas-lunas teknologi.
7. Bunga Raya — Bunga Raya atau Bunga Kebangsaaan Malaysia ini melambangkan Perpaduan Nasional. Bunga ini juga adalah simbol harmoni.
8. Buku — Lambang pentadbiran yang cekap. Buku merupakan gedung ilmu pengetahuan, perpaduan, perundangan dan lain-lain yang menjadi kunci kecekapan pentadbiran.
9. Rajah Bangunan — Melambangkan pembangunan perumahan, perniagaan dan perusahaan.
10. Rajah Kelopak Daun Berkembang Dua — Melambangkan pertumbuhan sosial yang sihat dan menuju kepada pencapaian cita-cita bagi kebersihan, pengindahan bandar dan sekitarnya bagi kebaikan bersama.
Tulisan Cogankata 'Usaha Maju Jaya' — Cogankata ini adalah diambil dari singkatan fungsi-fungsi Majlis Daerah Simpang Renggam bagi memperlihatkan hasil-hasil usaha yang dijalankan dari maksud-maksud yang tertera di atas.
Warna-Warna — Identiti Negeri Johor diabadikan dengan warna-warna yang terdapat dari bendera Negeri Johor