Matlamat utamanya ialah bagi mewujudkan bandar yang selamat dari segi:
- Bandar yang bebas dari keganasan merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut, pecah rumah, kecurian dan sebagainya;
- Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh;
- Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah, kecurian, jenayah kolar putih, rasuah, salah guna kuasa, hilang integriti dan sebagainya; dan
- Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya, jatuh dari bangunan, kebakaran dan sebagainya.