top
header
Carian
MD Simpang Renggam
Maklumat Am Program Bandar Selamat
print mail

Pengenalan

Perlaksanaan Program Bandar Selamat ini menjadi salah satu agenda utama dalam pembangunan negara masa kini. Dalam hal ini, JPBD Semenanjung Malaysia bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menandatangani perjanjian dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu selaku hos NKRA Lab Jenayah yang telah diadakan pada 19 November 2009. Perjanjian tersebut berkenaan pelaksanaan inisiatif Program Bandar Selamat secara keseluruhan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD) bagi melaksanakan elemen Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) dalam pelan tatatur kawasan perumahan dan perniagaan bagi mencegah jenayah. Sehubungan dengan itu, di antara inisiatif NKRA Lab Jenayah yang telah dikenalpasti dan perlu dilaksanakan oleh 108 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Daerah Simpang Renggam.

 
Sasaran
  • Mengurangkan keseluruhan jenayah indeks sebanyak 5% setiap tahun sehingga akhir tahun 2012 dan
  • Mengurangkan kadar jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir tahun 2010.
 

Definisi Bandar Selamat

Bandar yang bebas daripada ancaman fizikal, sosial dan mental yang boleh mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Persekitarannya sentiasa di dalam keadaan yang terpelihara, tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat dan penghuninya sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

Tarikh Akhir Dikemaskini : 30 November 2010
print mail
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia   Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Malaysia   Koridor Raya Multimedia   MyIdeas   Unit Perancang Ekonomi

 

Jobs Malaysia   Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor   Laman Web Rasmi Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor   Portal Rasmi Pejabat Tanah Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kluang   Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Kluang   Unit Pusat Universiti

 

Tarikh Akhir Dikemaskini : 03 Mei 2012
bottom
Latar Belakang Background_default Background1 Background2 Background3 Saiz Teks Decrease Font Reset Font Increase Font Skema Warna BBC Putih BBC Biru BBC Hitam BBC Putih2 W3C Disability Access Teks Suara Teks Suara