Pendahuluan
Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan terdiri daripada seorang (1) Pembantu Undang-undang L29 (kontrak) sebagai Ketua Bahagian, seorang (1) Pembantu Tadbir N17 (tetap), tujuh (7) orang anggota Penguatkuasaan N17 (kontrak) dan seorang (1) Pemandu R1 (kontrak).
Fungsi Bahagian
1. Fungsi Perundangan
- Menyelia Unit Penguatkuasaan dan Letak Kereta
- Membuat gubalan, pindaan dan pengwartaan Undang-undang Kecil, Kaedah-kaedah dan perintah-perintah bagi MDSR.
- Membuat dan meyemak semua perjanjian yang melibatkan MDSR termasuk perjanjian sewa gerai, pasar, bangunan IKS.
- Mengendalikan semua kes-kes kompaun dan rayuan kompaun.
- Merangka notis-notis penguatkuasaan.
- Mengendalikan aduan-aduan awam jabatan.
- Memberi ulasan, taklimat dan penerangan berkaitan hal undang-undang dan penguatkuasaan.
- Membuat pendakwaan bagi pihak Majlis bagi semua kes dibawah Akta, Undang-undang Kecil, Kaedah dan Perintah yang terpakai di MDSR kecuali kes-kes Sivil.
- Menjalankan koordinasi dengan Panel Peguam yang dilantik
<< Kembali ke Bahagian >>