Pengenalan
Selaras dengan penempatan seorang Pegawai Perancang Bandar J41 oleh pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Majlis Daerah Simpang Renggam pada 15hb. Mei 2007. Kementerian telah menetapkan agar Setiausaha Pusat Setempat (OSC) ini turut menjalankan fungsi untuk mengetuai Bahagian Perancangan Bandar di Pihak Berkuasa Tempatan yang masih belum mempunyai pegawai perancang mahupun penolong pegawai perancang.
Visi
" "Merangka dan menyelaras aktiviti perancangan dan pembangunan dalam kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam ke arah 'Maju dan Mampan' dengan menitikberatkan keseimbangan dari aspek fizikal, sosial, ekonomi dan persekitaran"
Objektif
Memastikan matlamat, objektif dan strategi di dalam Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Simpang Renggam (RTSR), Draf Rancangan Tempatan Daerah (RTD), Rancangan Kawasan Khas (RKK) danPelan Induk Landskap (PIL) dijadikan asas dan garis panduan dlam kerja-kerja perancangan.
Mengawal, merancang dan memantau pembangunan di dalam kawasan Majlis Daerah Simpang Renggam agar terancang dan bersistematik mengikut Rancangan-Rancangan Pembangunan dan mengikut Dasar-Dasar / Pekeliling-Pekeliling Kerajaan Negeri serta Garis Panduan dan Piawaian Perancangan yang digunapakai di seluruh Negeri Johor.
Melaksanakan, menggunapakai dan menguatkuasa Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) serta Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) 2007.
Memberi khidmat nasihat perancangan yang cekap dan professional serta memastikan permohonan dan ulasan-ulasan perancangan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan
Menyediakan data / sistem bermaklumat perancangan yang lengkap untuk kegunaan / rujukan pelbagai jabatan dan orang awam
Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan awam yang diterima yang berkait dalam bidang Perancangan Bandar.
Memastikan Kawasan Lapang atau riadah disediakan selaras dengan keperluan masyarakat
<< Kembali ke Bahagian >>