Pengenalan
Bahagian Kewangan Majlis daerah Simpang Renggam terdiri daripada seorang Penolong Akauntan, 2 orang Pembantu Akauntan dan 3 orang Pembantu Tadbir Kewangan.
Objektif
Memberi perkhidmatan sokongan yang berkaitan kewangan kepada semua warga Majlis Daerah Simpang Renggam serta bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan dan perakaunan dengan cekap dan berkesan selaras dengan Peraturan Kewangan dan Arahan Perbendaharaan.
Fungsi
Menyediakan dan mengawal belanjawan tahunan majlis.
Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan dan kertas kerja akaun yang berkaitan.
Menguruskan pembelian harta modal serta pelupusan harta.
Merancang dan menguruskan aliran wang tunai majlis.
Menyelenggara dan mengemaskini buku daftar wang amanah, sewa gerai, sewa bangku dan sewa bilik sejuk.
Menyediakan kertas kerja permohonan One-Off, Dasar Baru dan Tambahan Peruntukan serta Viremen.
Menerima hasil dan merekod serta menghantar hasil ke bank.
Membuat kawalan perbelanjaan dan memastikan membuat perbelanjaan berhemah.
Menguruskan pelaburan, simpanan semasa dan deposit tetap serta hal-hal berkaitan bank.
Menyediakan baucer-baucer pembayaran dan menyelenggara buku tunai dan daftar perbelanjaan.
Menguruskan gaji serta potongan gaji dan menyelenggara panjar runcit.
Menjawab segala pertanyaan audit dan maklumat-maklumat kewangan yang dikehendaki oleh kerajaan dari masa ke semasa.
<< Kembali ke Bahagian >>