Pengenalan
Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan diketuai oleh seorang Pembantu Teknik Kanan J36 dan disokong oleh seorang Pembantu Tadbir N17 dan seorang Pemandu Kenderaan Bermotor R3
Objektif
Merancang untuk menyemak dan membuat pemeriksaan berkala bagi bangunan-bangunan lama dan baru di dalam kawasan operasi majlis daerah, bagi tujuan keselamatan dan kekukuhan/ketahanan struktur binaan tersebut.
Memproses dan menyemak cadangan pelan dan projek pembangunan yang akan dimajukan di dalam kawasan majlis supaya perancangannya terkawal mengikut kehendak-kehendak Akta yang telah diperuntukkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Menyediakan ulasan teknikal bagi pelan pembangunan yang berada di dalam kawalan majlis daerah, yang dikemukakan oleh jabatan teknikal lain seperti Jabatan Kerja Raya, SAJ Sdn. Bhd dan lain-lain.
- Menjalankan kajian dan ualasan untuk perlaksanaan atau cadangan projek pembangunan jabatan lain yang melibatkan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam.
Aktiviti
Program bermula mulai Ogos 2005 dan diteruskan pada tahun 2006 sebagai langkah membantu membasmi kemiskinan di kawasan Bandar.
Fokus kepada golongan miskin (pendapatan di bawah Garis Kemiskinan mengikut Negeri)
“Program Bantu Sewa Rumah yang pertama perlu dikenalpasti sebelum lain-lain program seterusnya dilaksanakan
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada peserta yang terlibat melalui Pihak Berkuasa Tempatan.
<< Kembali ke Bahagian >>