MENU

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau Warganegara Malaysia yang telah bermastautin di Johor selama 5 tahun atau lebih yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Simpang Renggam.

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan memuat turun borang di pautan berikut :

Permohonan dari pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan /Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 Peraturan 18.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM,
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN,
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA),
86200 SIMPANG RENGGAM,JOHOR

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 JUN 2020
(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)