MENU

Skop Pelaksanaan

Dokumen ini memperihalkan sistem kualiti yang perlu dipatuhi oleh warga kerja MDSR. Sistem kualiti ini disediakan sebagai memenuhi keperluan standar MS ISO 9001:2008. Standard ini mengambil kira perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi ini. Skop persijilan MDSR merangkumi 4 proses utama seperti yang berikut:

a.    Proses Pengurusan Ubah Tambah (Bahagian Bangunan dan Kejuruteraan) :- MDSR/Bangunan .01
b.    Proses Pengurusan Pindaan Ke ayas Senarai (Bahagian Penilaian):- MDSR/ Cukai.01
c.    Proses pengurusan Pindah Milik (Bahagian Penilaian) :- MDSR/ Cukai.02
d.    Proses Permohonan Lesen Tred (Bahagian Lesen) :- MDSR / Lesen.01

Pelaksanaan proses-proses utama disokong oleh proses pengurusan dan proses sokongan.

Manual kualiti ini mengandungi dokumen yang merangkumi struktur organisasi, mengenal pasti tanggungjawab pengurusan dan rujukan ke ata proses serta prosedur organisasi disokong dengan dokumen juga rekod yang berkaitan.

Dasar Kualiti

MDSR akan memastikan proses pengeluaran produk dan perkhidmatan proses Pengurusan Ubah Tambah, Pengurusan Pindaan Ke atas Senarai,  Pengurusan Pindah Milik dan Pengurusan Permohonan Lesen Tred dilaksanakan dengan cekap, tepat serta berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 dan memenuhi kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

 MDSR juga member komitmen sepenuhnya dalam menjalankan penambahbaikan ke atas kesuluruhan Sistem Pengurusan Kualiti dan Memastikan objektif kualiti diguna pakai oleh semua jabatan sebagai panduan dalam melaksanakan tugas. Sistem Pengurusan Kualiti akan disemak mengikut tempoh yang ditetapkan melalui Mesyuarat Semakan Pengurusan. 

i.    YDP yang mengetuai pengurusan tertinggi bertanggungjawab mengubal dasar kualiti.
ii.    Dasar ini dicapai melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasakan MS ISO 9001:2008 yang sentiasa dipastikan sesuai dan berkesan setiap masa selaras dengan visi, misi dan objektif.
iii.    Dasar ini akan disebarkan kepada warga MDSR dan akan dikaji semula bagi memastikan kesesuaiannya sepanjang masa.